Isnin Sept 2012
Sejak dua minggu lepas, aku dah mula jejak kaki ke gym. Masuk-masuk gym, buat stretch-in ala kadar, terus main mesin dan angkat weight (barbell & dumbell). Dan selama 2 minggu tu la apa benda yang aku buat semua sia-sia. Protein habis, berat tak naik, otot tak besar. Apa yang aku buat cuma semata dapat keluarkan peluh.
Petang tadi aku tekad pergi cari buku step by step pasal muscle building, rutin workout, supplement dan pelan diet. Lepas lunch, aku dengan penuh confident pegi Midvaley dan terus ke Borders dan MPH tapi yang ada sekadar majalah Men's Health, Men's Fittness dan Fitness&Muscle yang cerita pasal fitness selebriti dan iklan supplements. Harga paling murah pulak RM9.90. Aku baca tak sampai 20 minit dah khatam. Takde outcome aku boleh dapat dari sekadar angan-angan kosong. Aku nak kaedah bukan angan-angan, dah cukup puas aku angan-angan bila tengok kebanyakkan badan atlet Olimpik London hari tu.
Kecewa, aku terus ke The Kopitiam utk minum petang, kebetulan di sebelahnya ada kedai NewStand. Aku masuk dan terus aku jumpa buku yang aku cari. Kedai majalah biasa macam ni pulak yg ada jual. Harga RM24.50.
7 Rules of Building Muscle by MagBook |
Bagi aku baca buku ni dulu lepas tu aku review kat korang..
No comments:
Post a Comment