Aku mula buat Compounding Lift isnin lepas. Pertama kali aku buat rutin Deadlift, Lunge dan Squat. Memang otot belakang, pinggang, abs dan peha banyak dikerjakan. Selesai sahaja kesemua rutin Compound Lift, kaki mula terasa goyang dan sakit pinggang. Turun tangga dari gym tingkat 3 ke bawah yang ambil masa kurang seminit jadi 5 minit sebab otot-otot lower body mengalami rengangan.
Pagi selasa, kesakitan dipinggang makin terasa, Nak bongkok pun tak boleh, sebab tu semalam aku cari cari koyok saloonpass tapi koyok cili merah yang aku jumpa. Koyok ni memang power, panasnya dari malam ke pagi dan pagi ke petang.
Balik kepada cerita sakit pinggang aku tadi, sempat aku tanya melalui tweet kepada seorang expert tentang sakit belakang yang aku alami. Dari jawapannya, berkemungkinan daripada kesilapan teknik bagi rutin deadlift. Aku suspek aku mengangkaat beban terlebih kemampuan. Ada la dalam 40kg aku angkat deadlift malam tu.
Jawapan yang diberikan expert |
Hari ni dah hari rabu, sakit belakang tak hilang lagi, malam ni ada sesi gym lagi. Kata-kata semangat ketika dalam sakit..
No comments:
Post a Comment