Aku habiskan seluruh malam aku menelaah buku ni. Cilake, apa yg aku buat selama ni memang salah. Apa yang aku dapat maklumat dari Mr Google bercampur-aduk. Dah, aku malas cerita pasal kegagalan aku. Yang penting, belajar dari kegagalan. Yang lepas tu, lepaslah.
Reviu Buku : 7 Rules of Building Muscle
Rules 1 : Kenali Badan Anda
Ya, kau kena tau fizikal kau macamana dulu sebelum buat apa-apa. Sama ada kau
a) Endomorph : Berisi
b) Mesomorph : Atletic
c) Ectomorph : Kurus (macam aku)
Aku punya yang (c). Jadi aku kena tau fundamental otot aku, macamana nak bagi kuat, nak bagi besar dgn cara betul..
Rules 2 : Bina Asas (Stabiliti)
Bina asas yg kukuh untuk mudahkan pertambahan otot. Mula dari pergerakan badan sendiri (bodyweight moves) untuk membina kekuatan otot seperti Push Up, Free Squat, Bench Dip, Lunge. Disamping itu, pergerakan ini baik untuk stabiliti tubuh badan untuk level seterusnya. Pergerakan asas tanpa menggunakan apa-apa beban seperti dumbell/barbell/weight.
Kekuatan teras (core strength) seperti crunches, plank, dan pelbagai variety lagi.
Jangan lupa utk buat Pre-Workout warm-up dan Post-Workout Stretches bagi mengelakkan kecederaan.
Rules 3 : Guna Compound Lift (Strength/Kekuatan)
Mende compound lift ni? Ini adalah pergerakan rutin asas untuk bina kekuatan dan endurance. Attack hampir seluruh otot dari dada, bicep, tricep, bahu, abs, belakang badan, pinggang, peha dan betis.
Kau kena kuatkan lower body untuk dapatkan result on upper body. Kenapa ? Bila lower body dah kuat, kemampuan untuk mengangkat beban (weight) untuk upper body routine bertambah. Pertambahan beban dalam rutin boleh meyebabkan otot terkoyak dan membesar.
Rutin-rutin Compound Lift
1) Deadlift
2) Barbell/Dumbell Squats
3) Barbell Lunge
4) Shoulder Press
5) Tricep Dip
6) Pull-Up
7) Bench Press
8) Clean
9) Snatch
Aku akan jelaskan lebih lagi tentang rutin ni bila aku ke gym.
Nanti aku sambung balik, nak cari salonpass, back pain...
No comments:
Post a Comment